Bulan puasa di Kampung ku Sg batang amatlah ku rindui setiap kali menyambut Ramadhan pada setiap tahun. Karana tiada ada tandingannya keseronokan berpuasa denganIbu dan Ayah serta adik beradik aku setiap tahun .Sewaktu kecil kami masih tinggal bersama Ibu dan Ayah sepenuhnya di rumah dan bulan puasa lah menjadikan kami sering berlumba lumba untuk menjadi orang terbanyak berpuasa dan sembahyang terawikh
Berpuasa di kampung bersama keluarga amat menyeronokan terutama sekali bila waktu berbuka kerana inilah waktunya kami semua berkumpul dan makan secara serentak tanpa ada seorangpun akan melewatkanya. Begitu juga ketika waktu bersahur kami akan makan bersama walaupun ada diantara kami tidak boleh membuka sepunuhnya mata sewaktu bersahur. Paling aku respect ialah ibuku yang telah bangun masak sejak dari pukul 3 pagi untuk memastikan kami dapat menjamah makanan yang panas dan baru di masak.
Aku masih ingat ibu akan menyediakan pelbagai kuih muih dan air di samping makanan wajib ada iaitu nasi kerabu. Kami biasanya akan berebut rebut minum air dahulu kerana kehausan adalah cabaran paling kuat berpuasa di kampung kerana kami selalunya merayau seluruh kampung sementara menanti waktu berbuka Selalunya ibu akan menyediakan pelbagai air minum samada yang panas atau makanan berais.
Mengigatkan makanan berais ini lah saya tak boleh lupakan setiap petang kami akan menungu di jalan untuk membeli ais bantal yang di potong kecil kecil dan di saluti habuk papan kerana di kampung kami waktu itu tiada ada kemudahan leterik lagi.
Selepas berbuka dengan pelbagai kuih muih dan minuman kami biasanya akan bergegas ke masjid untuk menunaikan sembahyang terawikh di masjid berdekatan rumah kami. Apa yang menarik ialah kebanyakan budak budak lain akan bermain sekeliling masjid membuat bising ketika orang bersembahyang terawikh dan setiap 2 rokaat terawikh tok bilal masjid kami selalunya akan menjerkah budak budak yang membuat bising tersebut. Aku dan adik adik aku dah terbiasa dengan jerkahan ini namun jika ada makmun dari orang luar yang pertama kali bersembahyang di situ tentu sahaja akan terkejut beruk mendengar jerkahan tok bilal tersebut,
Apa yang menarik selepas terawikh masjid kami akan mengadakan kenduri moreh di masjid dan selalunya pelbagai menu makanan di sediakan mengikut malam malam tertentu. Apa yang tak boleh saya lupakan adalah menu mei maggi dan bubur kacang. Budak budak akan berebut rebut untuk mendapatkan makanan tetapi bagi saya yang sembahyang terawikh bersama orang dewasa semua telah terhidang tanpa perlu berebut rebut untuk mendapatkanya.
Sewaktu akhir akhir puasa kebiasanya aktiviti kami berubah dari merayau kepada mencari buluh untuk membuat meriam dan pelita buluh untuk di pasang di malam tujuh likur dan raya. Kami juga mengumpul tempurung untuk di kumpul dan di susun tinggi untuk di bakar di malam raya.
Kemeriahan bulan puasa di kampung kami adalah bermain mercun dengan pelbagai jenis mercun yang di jual di kedai kedai . Selalunya kami akan mengunakan mercun untuk bermain perang dan polis senteri di malam malam bulan romadhan. Kemeriahan ini amat lah nastalgia bagi saya dan sangat sukar di padam dari ingatan saya sehingga kini. (kini main mercun telah di haramkan)
Kami juga tahu puasa berada di pengakhiranya apabila mendengar bacaan quran dari TV kerana musabaqah membaca quran sewaktu itu di adakan di pehujung bulan puasa.Namu sekarang Musabaqah di adakan sebelum bulan puasa lagi
Pada malam pengumun raya adalah malam paling suspen bagi kami kerana sewaktu itu jika anak bulan tidak kelihatan kami kenalah berbuasa sehari lagi . Tapi jika esoknya beraya makan melompat lompatlah kami kegirangan kerana esok kami sudah boleh makan di siang hari dan yang paling seronok merasa memakai baju raya baru
No comments:
Post a Comment